Posted by: haslindafaizurahb on: September 1, 2009
PENGENALAN
Projek komuniti kucing ku comel ini adalah hasil daripada cetusan idea saya sendiri. Ahaaaa!!!!!…. Sebab kesian dan perihatin melihat binatang terbiar. Saya mengambil kucing sebagai binatang untuk dipelihara. Banyak sebenarnya binatang yang boleh kita pelihara contohnya ikan, arnab, hamster, burung dan sebagainya. Saya memilih kucing ni kerana kucing inilah yang banyak sangat terbiar di serata tempat. Contohnya di kaki lima, di pasar-pasar, di kedai-kedai makan, di jalan raya….betapa KESIANNYA kucing-kucing ini.
Akhirnya kebanyakkan kucing-kucing ini mati akibat dilanggar kenderaan, insan yang tidak berperikemanusiaan sanggup cedera membaling objek keras kepada kucing kerana mengambil ikan-ikan di pasar.
Oleh itu saya dan adik-adik mengambil initiatif untuk menyelamatkan kucing-kucing ini dengan membuka pusat pemeliharaan kucing di rumah sahaja.
OBJEKTIF
GOLONGAN SASARAN
Pelajar sekolah
-Golongan ini diharapkan dapat menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Surirumah
Golongan ini diharap dapat memberi perhatian dan memantau keadaan kucing agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan terpelihara.
Kebanyakannya mereka adalah di kalangan wanita kerana jiwa dan perasaan mereka penuh dengan KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN.
AKTIVITI
30 ogos 2009 (Ahad)
10.00 pagi
Operasi menjejaki kucing di serata kedai makan, di pasar & kaki lima kedai. Tapi AWAS!!! jangan silap terambil kucing yang berTUAN…
1.00 t/hari
Kucing yang berjaya dijejaki hanya 7 ekor sahaja memandangkan semua agen-agen penjejak sudah keletihan dan operasi mencari ditamatkan.
2.00 ptg
Kucing-kucing terbiar tersebut dibersihkan (bersihkan telinga, potongkan kuku) dan dimandikan dengan menggunakan syampoo khas…..Wangiiii gitu!!!!…
4.30 ptg
Kucing diberi makan setelah semuanya terurus
Projek ini dijalankan hanya 1 hari sahaja.
BILANGAN KOMUNITI YG TERLIBAT
BAJET
Kos keseluruhan RM45.90
GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI PENCARIAN DIJALANKAN

Kucing Pertama ditemui….

Mandikan kucing

Syampooo…

Wanginyer dah kena syampu….

Skuad penggerak yang masih lagi mampu tersenyum ceria walaupun masing-masing sudah keletihan.
PETUA ORANG TUA-TUA
Bagaimana mengelakkan kucing daripada membuang najis merata-merata…????
Caranya: Petua opah, ambil sebatang lidi kemudian diukur pada ekor kucing tersebut dan patahkan lidi mengikut ukuran panjang ekor kucing. Lidi yang dipatahkan itu di pacakkan di tanah luar rumah. Kucing ni pasti akan membuangkan najisnya di luar rumah.